Aplikasi Seni bina bermusuhan

Batu-batu besar diletakkan sepanjang tanjakan lebuh raya di Portland, Oregon, Amerika Syarikat sebagai seni bina bermusuhan untuk menghalang kem sementara. " Bangku Camden ", yang digunakan di London, mempunyai reka bentuk yang dinyatakan untuk tidak menggalakkan tidur, membuang sampah, bermain papan selaju, mengedar dadah, grafiti dan kecurian Bangku dengan paip logam di stesen kereta api di Vienna.Pepaku anti-gelandangan di New York, direka untuk menghalang orang duduk di lantai.

Penghalang perkhemahan

Di Seattle, Washington, Amerika Syarikat, majlis perbandaran tempatan memasang rak basikal untuk menghalang kumpulan gelandangan daripada berkhemah. [22] [23]

Sejak tahun 2013, Jabatan Pengangkutan Oregon di Oregon, Amerika Syarikat telah mengerahkan batu besar di lapan lokasi yang pernah menjadi tapak kem sementara gelandangan di sekitar bandar Portland. Batu-batu besar ini dipasang untuk menghalang perkhemahan haram berhampiran lebuh raya. [24]

Pagar atau jeriji

Pagar di bawah tangga Arkib Bandar di Kungsholmen di Stockholm (2015). [25]

Pemasangan pagar atau jeriji ialah bentuk biasa dalam reka bentuk bersifat pengecualian, selalunya digunakan untuk menghalang akses ke tempat yang terdapat perlindungan seperti bumbung. Contoh tempat sebegini adalah di bawah tangga, jambatan, atau berhampiran sistem kipas yang mengeluarkan udara panas. [26] [27] [28]

Pada musim bunga tahun 2015, majlis perbandaran Kota Stockholm, Sweden, telah mendirikan pagar yang menelan kos sebanyak 200,000 kr untuk menghalang kumpulan gelandangan daripada mencari perlindungan di bawah tangga sekitar bandar Kungsholmen. [26]

Penghalang tidur

Beberapa bandar besar, seperti Tokyo dan London, mempunyai reka bentuk bangku yang menghalang orang ramai daripada tidur di atasnya. Bangku-bangku ini telah dibina supaya tempat duduk mencerun pada suatu sudut dan memerlukan pengguna untuk menyokong diri mereka sepenuhnya dengan kaki mereka. Bangku sebegini terdapat di mana-mana di perhentian bas di seluruh United Kingdom. [29] Contoh reka bentuk penghalang yang lain adalah dengan memasukkan tempat letak tangan yang diletakkan di bahagian tengah bangku. Kedudukan tempat letak tangan tersebut menghalang pengguna daripada berbaring melintasi tempat duduk. [30]

Camden Borough Council di London telah membuat komisyen untuk penghasilan bangku blok konkrit (digelar " Bangku Camden ") yang direka untuk menghalang penggunaan yang "tidak sesuai" seperti tidur, papan selaju dan meletakkan pelekat. [7] [31] Terdapat varian reka bentuk yang lain, seperti bangku yang terlalu pendek untuk diletakkan, atau mempunyai paip besi diletakkan dua pertiga daripada laluan masuk, atau beberapa tempat letak tangan diletakkan di sepanjang keseluruhan panjang bangku. [32] Bangku dengan reka bentuk sebegini adalah perkara biasa di lapangan terbang. [33]

Apabila Terowong Bandar di Malmö, Sweden, dibuka pada tahun 2010, reka bentuk bangku di pelantar kereta api yang baharu tersebut telah dilaporkan kepada Ombudsman Kesamaan kerana reka bentuk bangku tesebut berada dalam keadaan sudut condong sehingga menyebabkan pengguna sukar atau mustahil untuk duduk di atasnya. [34] [35] Syarikat hartanah milik negara Sweden, syarikat Jernhusen juga telah menggunakan bangku yang digelar "anti-gelandangan" di stesen kereta api di Luleå, dengan memasang tujuh palang besi untuk setiap selang panjang 47 cm (19 in) di bangku tersebut. [36] [37] Pegawai akhbar syarikat Jernhusen telah menegaskan yang bahawa mereka "memasukkan tempat letak tangan di bangku tersebut kerana ia memudahkan orang tua dan orang kurang upaya untuk duduk dan berdiri". Tetapi dalam satu sesi temu bual yang lain, mereka juga mengakui yang bahawa masalah keteraturan para pengguna yang dirasakan di bangunan stesen tersebut mempengaruhi cara bangku direka bentuk. [36] Satu lagi contoh syarikat yang telah memasang bangku dengan reka bentuk sedemikian ialah Berliner Verkehrsbetriebe, sebuah syarikat pengangkutan awam tempatan di Berlin, Jerman. [38] [39]

Beberapa contoh penghalang tidur mengambil bentuk perubahan sementara pada bangunan. Contoh ini berlaku pada bangunan Liverpool, yang merupakan ibu pejabat Bank of England sebelumnya, pada Disember tahun 2016. Struktur keluli landai biru yang disalut minyak telah diletakkan di atas tangga pada waktu malam, supaya gelandangan yang biasa tidur di situ atau berehat dengan duduk di tangga tidak tinggal di kawasan tersebut. [40] [41]

Pancang atau pepaku

Ia boleh berlaku sebagai pancang/pepaku, benjolan atau jenis struktur runcing lain. Ia biasanya diletakkan di atas tebing di luar bangunan, di bawah bumbung atau tempat lain di mana orang ramai akan mencari rehat atau tempat berteduh, dan juga di sekitar kedai. [42] [43] [44] [45] Syarikat pengurusan hartanah Jernhusen telah menggunakan varian dengan meletakkan paip dan bukannya pancang di beberapa tempat di Stesen Sentral Stockholm. [14] [46] Pada tahun 2014, sebuah imej telah menjadi viral di internet menunjukkan tempat gelandangan biasa tidur d London. Gambar tersebut diiringi dengan gambar lanjutan yang menunjukkan lantai tempat tersebut telah dipasang pancang tajam yang menghala ke atas dengan bertujuan menghalau orang yang biasa tidur di sana. Tetapi selepas menerima protes meluas daripada gambar viral tersebut, pancang anti-gelandangan tersebut telah ditanggalkan. [47] Terdapat juga pancang anti-gelandangan yang bertujuan untuk memastikan orang ramai tidak bersandar di dinding, atau berdiri di tempat tertentu. [1] Sukar untuk menilai dengan secukupnya berapa banyak jenis reka bentuk bermusuhan yang wujud, akan tetapi apa yang pasti terdapat banyak jenis fenomena, termasuk bata pecah yang membentuk retak, pelbagai bentuk paip logam bengkok, dan plat yang dikimpal ke atas untuk membentuk pancang. [48] [49] [50] Bekas Perdana Menteri UK Boris Johnson telah menggelar pemasangan pancang itu sebagai "bodoh". [51]

Kamera keselamatan

Salah satu bentuk seni bina bermusuhan yang paling biasa ialah dalam bentuk pengawasan. Walaupun kamera keselamatan tidak dapat menghalang orang daripada melakukan tingkah laku liar secara fizikal, tetapi ianya boleh menyekat tindakan di ruang awam dengan membolehkan pengawasan dari jauh dan meningkatkan kegelisahan ke atas tindakan balas terhadap tindakan yang negatif. [21] Di bandar seperti Cincinnati, terdapat peningkatan mendadak dalam bilangan pemasangan kamera CCTV di ruang awam sejak 1990-an. [52]

Penghalang kencing

Penghalang air kencing ialah alat untuk memesongkan aliran air kencing semasa membuang air kecil. Ini mungkin sebahagian daripada periuk bilik, tandas atau ia boleh menjadi penghalang, dipasang di sisi atau sudut bangunan untuk mengelakkan orang daripada kencing di sudut bangunan. Ia mungkin dibina dalam pelbagai cara daripada pelbagai bahan tetapi biasanya direka bentuk untuk mempunyai permukaan bersudut yang menangkap dan mengubah hala aliran. Salah satu contoh reka bentuk ialah dengan meletakkan dinding berbentuk tempurung di sudut bangunan. Apabila ada orang hendak kencing disitu, reka bentuk tempurung tersebut akan mempercikkan semula air kencing ke kaki pelaku tersebut. Templat:Excerpt

Seni bina bermusuhan sebagai seni atau hiasan

Pasu bunga yang besar dan kukuh di luar bangunan di Stockholm.

Reka bentuk pengecualian jenis ini mungkin melibatkan, contohnya, dengan meletakkan pasu bunga yang besar di lokasi gelandangan yang dimana sebelum ini pernah digunakan sebagai tempat tidur. Contoh seni bina bermusuhan yang mempunyai sifat perhiasan yang lain meletakkan batu yang dicat dengan warna pelangi, meletakkan pokok renek yang menghalang di kaki lima dan tempat duduk berbentuk "menyenangkan". [53] [54] [49]

Muzik dan bunyi bising

Di Sweden, pembesar suara di Finspång telah memainkan muzik untuk membuat penagih dadah meninggalkan tempat tertentu. Di UK dan Jerman, apa yang dipanggil sebagai peranti "anti-lepak" (lihat The Mosquito ) telah dipasang untuk memastikan golongan muda melepakl di tempat di mana mereka dipasang. [55] [56] [57] Peranti tersebut berfungsi dengan mengeluarkan bunyi monoton pada frekuensi tinggi. Bunyi ini berkhusus kepada deria pendengaran remaja kerana orang dewasa tidak dapat mendengari bunyi tersebut. [58] Pengkritik telah menyatakan bahawa peranti tersebut merupakan pelanggaran hak asasi manusia dan juga mengulas bahawa fenomena itu akan mewujudkan "jurang berbahaya" di antara orang muda yang terdedah kepadanya dan orang tua yang boleh mengelakkannya. [59] [60] Di Jerman, putaran muzik klasik telah digunakan dalam usaha untuk menghalau pengguna dadah. [61] Di Berlin, rancangan untuk menggunakan muzik atonal di stesen S-Bahn telah ditarik balik selepas menerima banyak kritikan. [62]

Penyingkiran

Reka bentuk pengecualian kadangkala tidak menambahkan ciri-ciri yang membantu pengguna, tetapi lebih kepada penyingkiran ciri-ciri tersebut. Fredrik Edin, yang telah menulis sebuah buku mengenai reka bentuk pengecualian, mengatakan bahawa reka bentuk penyingkiran ialah jenis reka bentuk pengecualian yang paling biasa, di mana, sebagai contoh, bangku yang digunakan oleh orang ramai telah dibuang kerana ia digunakan oleh orang ramai. [63] [64] [65] Contoh ini adalah berdasarkan tindakan New York City Subway yang telah mengumumkan melalui media sosial pada tahun 2021 yang bahawa "bangku telah dialihkan dari stesen untuk mengelakkan gelandangan daripada tidur di atasnya." Akan tetapi pembuangan bangku-bangku tersebut juga menyebabkan pengguna termasuk orang tua dan ibu mengandung tidak dapat duduk. Agensi itu kemudiannya berkata tweet itu adalah satu kesilapan. [66] [67] [68] Bangku di lokasi tertentu di Stesen Sentral Stockholm dan stesen kereta api Luleå juga telah mengalihkan bangku untuk pengguna. Pegawai akhbar mereka menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah dengan stesen itu digunakan sebagai tempat perlindungan pemanasan. [37] Banyak tandas awam mula ditutup di UK di tempat yang dianggap tidak kemas. [40]

Perenjis

Perenjis (Sprinkler di dalam bahasa Inggeris) boleh didapati di kawasan di mana pancang tidak sesuai untuk dipasang secara kekal; penyelesaian ini melibatkan penyemburan air kepada mereka yang tinggal di tempat tertentu pada masa tertentu, seperti waktu malam. [26] [37] [69] [70] [71] [72] Di New Zealand, Ahli Majlis Bandaraya Auckland Cathy Casey telah menyifatkan penggunaan pemercik air yang digunakan oleh perniagaan di bandar itu sebagai "tidak berperikemanusiaan". [73]

Kedai Buku Strand di New York telah menggunakan sistem sedemikian pada tahun 2013 untuk menghalang kumpulan gelandangan yang tidur di luar kedai tersebut pada waktu malam. [74] Bonhams di San Francisco telah dikritik kerana menggunakan sistem pemercik luaran untuk menghalau kumpulan gelandangan yang berkumpul di luar kedai mereka. Mereka (pihak Bonhams) mengatakan bahawa ia digunakan untuk membersihkan "bangunan dan laluan pejalan kaki sepanjang waktu bukan perniagaan secara berselang-seli dalam tempoh 48 jam",. [75]

Rujukan

WikiPedia: Seni bina bermusuhan http://www.bbc.com/future/story/20131202-dirty-tri... http://hyperallergic.com/424567/stuart-semple-laun... http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0042098014... http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0042098019... http://www.stltoday.com/news/local/metro/metro-s-b... http://theconversation.com/the-use-of-sonic-anti-l... http://www.theguardian.com/cities/2018/jan/24/anti... http://www.theguardian.com/music/2018/aug/31/art-s... http://www.theguardian.com/society/2015/feb/18/def... http://www.theguardian.com/us-news/2016/jun/10/san...